Wednesday, August 24, 2011

Kisah Rumput & Org Yang Kita Sayang.

Pada suatu pagi di sebuah sekolah ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat cikgu?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas. Kemudian, kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok.Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.


Moral of the story :


"Sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...Jangan terlalu mencari kesempurnaan kerana Sesungguhnya kita juga tidak sempurna..."

:-)


Selamat Berpuasa 6 hari lagi.

Bukan main mengantuk lagi mata ni...Sampai tersengguk2 la time buat keje.bile pkol 1 je wktu rest segar la plak...huhu.Semalam chatting ngan Rizal sampai nak dekat pkol 3.akibatnyer terlajak sahur pkol 5.15.selalu semangat bangun pkol 4.45 mcm tu.Hmm, nasib baik terlajak 5.15...klu terlajak pkol 6 alamatnyer sembahyang subuh terus la T_T

Tahun ni tak rasa nak beria2 sakan raya.lagipun my mum masih dalam tempoh edah.so xleh raya jauh2,tinggal rumah. Apa yg pasti pagi raya tahun ni, lepas solat raya akan ziarah kubur abah, aki n wan...

Baju raya awal2 dah tempah & siapkan 3 helai,satu kebaya.klu ikutkan hati memang tak nak pun baju raya tapi baju tu memang dah hantar sejak bulan 6 lagi. Rizal pun beria2 nk sepasang tahun ni.Kesian plak kat die.beria cari baju melayu sama warna sebelum ke India hari tu.

Kueh raya semua tak buat.sbb malas.pakai tengok2 pastu order.utk mak sy juge mak Rizal.

Bende2 sampingan lain (kasut,brooch etc) tak susah nak cari & klu memang betul2 terdesak tak jumpe cari yg hari2 pkai gi kerja pun boleh rembat...hee

Duit raya tahun ni sy hanya tukar RM500 & semua duit RM10 dan RM5 sebab budak2 skrg tgk sebelah mata je klu bagi RM1...huhu.(nasib baik anak buah yg cuma 5 & adik sorang je lagi) kedekut kan!hihi...Aii, kata saving kawin...harus la berkira...Eh tapi xder la sampai mcm tu... :) Duit RM50 tak perlu terhegeh2 tukar yer korang.withdraw je kat atm haa semua 50 jerk :-)

sapa nak sila la angkat kaki ;P

Itu lah kisah raya sy yg boring.Bai.


p/s : saya balik kampung hari ahad bersama tunang sekembalinya dari kursus di bumi Padayappa...Ammaa... hee~SELAMAT HARI RAYA all...


Thursday, August 11, 2011

Ujian & Dugaan tanda Allah sayang.

Esok, Jumaat genap 3 minggu abah pergi...Seumur hidup sy tak pernah rasa kehilangan seperti ni.Tak dapat nk pujuk hati ni supaya tabah.Bile sebut, tengok gambar, baca yaasin, hanya Tuhan je yg tau betapa sebaknya hati ni, betapa rindunyer pd arwah abah...Betapa tak tertahan nyer air mata ni dari mengalir...

Kesian mak...

Dia org yg paling sedih...stp kali ktorg balik sentiasa ingatkan jgn lupe solat, jgn lupe baca yassin, jgn lupe doa utk abah, abah harapkan doa drp anak-anaknya...kesian abah nanti...

Abah pergi dalam keadaan yg sangat tenang, dan pada hari yg sgt mulia...Itu salah satu penguat semangat kami. Kami yakin abah bahagia di sana...Waktu dengar tazkirah baru-baru ni ustaz ada sebut salah satu tanda org meninggal dlm iman ialah sehingga ke penghujung nyawanya die akan menyebut Allah...hingga saat akhir abah tak putus2 sebut Allah...Allah...

Beberapa hari sebelum abah pergi, die tenung mak lama...pastu die senyum...:'(

Dia abah terbaik yg pernah saya ada...abah tiada ganti...dia abah saya utk selamanya...Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya & ditempatkan dikalangan org-org yg beriman, yg dijanjikan syurga olehNya....aminn...


"Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka kepadaku dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku sewaktu kecil...."


al-Fatihah....